Zyra melangkah masuk ke kelas. Fuhh! Nasib baik sempat! Lockernya dibuka dan buku-buku dikeluarkan. Subjek pertama Sejarah. Oh tidak! Buku sejarah ditarik keluar dari locker dan diletakkan di atas meja. Zyra menutup locker dan kembali duduk di tempatnya.
''Cepatlah datang, percutian!''
Di kelas sebelah...
''Ji, dah siap belum kerja sekolah semalam?''
''Kerja sekolah semalam? Sudah.''
''Oh, takde ape... Saje tanye... Eh, semalam saya ada bertembung dengan Miss Freshie kita. Ya Allah! Saya tak tahan betul dengan perangai die! Teruk sangat!'' Comel memulakan ceritanya.
''Miss Freshie? Oh, M.F! Apelah! Awak patut lari je kalau jumpe die! Bukannya berbual dengan die.'' Ji 'menasihatkan' Comel.
''Tahu tetapi tak sempat. Dia suruh saya angkat beg untuk dia! Adakah patut?!'' Comel rasa mahu menjerit tetapi ditahan-tahan. ''Sudahlah beg berat! Tidak ada hati langsung! Kalau ada pun, hati yang sudah busuk!''
''Sabarlah, Comel... Biaselah itu... Jangn ikut perasaan sangat...'' Ji menenangkan Comel.
Ain yang tidak mahu ketinggalan tiba-tiba menyampuk.
''Ala... biaselah! Manusia memang macam itu... Tidak boleh diubah...''
''Aik? Sejak bila awak muncul? Awak dengar apa yang kami bincangkan?''
''Yelah! Kenapa? Salah?'' Ain tidak mahu mengalah.
''Hmm... apa-apa sajalah! Saya tiada masa bergaduh! Saya mahu berehat sementara tunggu cikgu datang! Jangan kacau saya, tahu?''
'Siapa yang teringin sangat nak kacau dia? Hmph!' Hanya fikiran itu yang melayang-layang di kepala otaknya sekarang.
KRING!!! Kelas sudah bermula! Cikgu pun sudah sampai. Masa untuk belajar!
M/S 2


No comments:
Post a Comment